Thursday, 26 December 2013

~ Jumaat Terakhir~



Salam sayyidul ayyam guys..


Sangat cepat masa berlalu kan, dah nak habis tahun 2013. So camne, korang punya azam untuk tahun 2013 tercapai tak? Kalau dah teercapai jangan lupa untuk bersyukur sebab Allah dah makbulkan permintaan kita. Kalau ada yang masih belum tercapai tu, usaha dengan lebih gigih untuk dapatkannya pada tahun hadapan.

Memandangkan hari ini merupakan Hari Jumaat Terakhir dalam tahun 2013, aku nak share ngan korang sesuatu yang aku harap kita semua boleh amalkan Walaupun tak semua, tapi kita cuba slow-slow insyaAllah Allah akan tolong kita untuk melaksanakannya. Yang penting niat kena LillahiTaala...







1. Mandi Sunat

(Dari Ibnu Umar ra.), Sabda baginda SAW yang bermaksud :
Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).



2. Menghiaskan Diri

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
 “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.”
(Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya.


3. Merapikan Diri.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)





4. Membaca Surah Al-Kahfi

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.”
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)



5. Perbanyakkan Doa

Sabda baginda yang bermaksud :
Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat.”
(Riwayat Muslim).

6. Berselawat

Sabda baginda yang bermaksud :
Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.




Semoga kita semua beroleh manfaat dari apa yang Nabi Muhammad S.A.W tinggalkan untuk umatnya yang tersayang.




No comments:

Post a Comment

AKTIVITI JULAI DAN OGOS 2025

 Assalamualaikum guys, Dah lama tak update aktiviti saya. Sekarang baru lepas aktiviti bulan kemerdekaan di sekolah kebangsaan.  Kafa pula b...