Friday, 15 February 2013

~SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1434 HIJRAH~



Salam ya sahabat….

Macam mana sambutan maulidurrasul kat tempat korang? Mesti meriah dengan selawat ke atas baginda Rasullah S.A.W… Kat kampung aku ni pun tak ketinggalan untuk memeriahkan sambutan Maulidurrasul. Walaupun sambutan tersebut diadakan lewat tiga hari, yang penting niat tersebut masih kuat di hati.

Pada hari ahad, 27 Januari 2013 besamaan  15 Rabi’ul Awal 1434Hijrah pertandingan  dan perarakan di ada kan.. Tujuannya untuk sama-sama berselawat di samping untuk memupuk semangat kebersamaan di antara penduduk setempat. Selain itu, ia dapat mengeratkan ukhwah yang sedia terjalin. Amacam??? Bagus tak ayat karangan aku, kah kah kah.. Masa hari ahad ni, aku tak pergi tengok pun. Sebab aku pergi ziarah arwah sepupu mak aku meninggal. Tapi yang aku dapat tahu, perbarisan kawasan taman kiteorang mendapat johan perbarisan.

The next day, isnin 28 Januari 2013, 16 Rabi’ul Awal 1434Hijrah pertandingan marhaban, nasyid, azan dan hafazan telah diadakan. Marhaban tu untuk golongan mak mak… sebab, kat hilir perak ni kebanyakan kumpulan marhaban ni di monopoli oleh geng mak mak…. nasyid, hafazan and azan pulak untuk acara pelajar-pelajar sekolah agama...(sekolah yang kite pegi petang-petang tu yang pakai kain warna hijau tu… huhuhu)

Masa pertandingan tu aku datang… waaa rajin tak aku.. huhu actually my mom and da geng msuk pertandingan marhaban tu….Sebelum keputusan di umumkan, YB kawasan aku ada bagi pesanan dari Tan Sri Harunsani yang mencadangkan agar pada tahun-tahun akan datang, Alunan marhaban tu ditukarkan dalam lirik bahasa melayu, sebab sekarang ni dalam bahasa Arab. takut ianye sekadar bacaan bukan sekali dengan penghayatan.

Aku pun bersetuju dengan cadangan Tan sri tu. and kalo bole, perbanyakkan aktiviti keagamaan kat kawasan kiteroang ni. Libatkan golongan remaja dan belia tu penting. sedikit sebanyak kita dah bole memberi pendedahan kearah kebaikan…kann… setuju tak? setuju tak? sila vote ea..hahaha

 And Alhamdulillah kumpulan marhaban mak aku mendapat tempat pertama dalam pertandingan tu….masa tunggu keputusan dari pengacara majlis, kiteorang yang anak-anak ni yang berdebar kemain…huhuhu… geng-geng marhaban yang lain pun hebat-hebat belako… seronok bila tengok mak mak ni happy menang pertandingan… macam macam ragam…
malas nak cakap banyak-banyak. So, korang tengok jek lah gambar-gambar ni. nanti ada rezeki aku upload video dorang marhaban pulak ye...


ni di antara peserta yang masuk bertanding.. ak terlupa nak ambil gambar semua kumpulan. ye lah excited tunngu turn mak aku jek,hahahaa...



 









      piala kemenangan... mak aku bersama tok guru.. hehehe Ustazah yang ajar marhaban tu.


                               ni plak aku ngan tieka. anak ustazah tu. merangkap jiran dpan umah...kakaka

No comments:

Post a Comment

AKTIVITI JULAI DAN OGOS 2025

 Assalamualaikum guys, Dah lama tak update aktiviti saya. Sekarang baru lepas aktiviti bulan kemerdekaan di sekolah kebangsaan.  Kafa pula b...