Salam ya sahabat….
Macam mana sambutan maulidurrasul
kat tempat korang? Mesti meriah dengan selawat ke atas baginda Rasullah S.A.W…
Kat kampung aku ni pun tak ketinggalan untuk memeriahkan sambutan
Maulidurrasul. Walaupun sambutan tersebut diadakan lewat tiga hari, yang
penting niat tersebut masih kuat di hati.
Pada hari ahad, 27 Januari 2013
besamaan 15 Rabi’ul Awal 1434Hijrah
pertandingan dan perarakan di ada kan..
Tujuannya untuk sama-sama berselawat di samping untuk memupuk semangat kebersamaan
di antara penduduk setempat. Selain itu, ia dapat mengeratkan ukhwah yang sedia
terjalin. Amacam??? Bagus tak ayat karangan aku, kah kah kah.. Masa hari ahad
ni, aku tak pergi tengok pun. Sebab aku pergi ziarah arwah sepupu mak aku
meninggal. Tapi yang aku dapat tahu, perbarisan kawasan taman kiteorang
mendapat johan perbarisan.
The next day, isnin 28 Januari
2013, 16 Rabi’ul Awal 1434Hijrah pertandingan marhaban, nasyid, azan dan
hafazan telah diadakan. Marhaban tu untuk golongan mak mak… sebab, kat hilir
perak ni kebanyakan kumpulan marhaban ni di monopoli oleh geng mak mak….
nasyid, hafazan and azan pulak untuk acara pelajar-pelajar sekolah
agama...(sekolah yang kite pegi petang-petang tu yang pakai kain warna hijau
tu… huhuhu)
Masa pertandingan tu aku datang…
waaa rajin tak aku.. huhu actually my mom and da geng msuk pertandingan
marhaban tu….Sebelum keputusan di umumkan, YB kawasan aku ada bagi pesanan dari
Tan Sri Harunsani yang mencadangkan agar pada tahun-tahun akan datang, Alunan
marhaban tu ditukarkan dalam lirik bahasa melayu, sebab sekarang ni dalam
bahasa Arab. takut ianye sekadar bacaan bukan sekali dengan penghayatan.
Aku pun bersetuju dengan cadangan
Tan sri tu. and kalo bole, perbanyakkan aktiviti keagamaan kat kawasan kiteroang
ni. Libatkan golongan remaja dan belia tu penting. sedikit sebanyak kita dah
bole memberi pendedahan kearah kebaikan…kann… setuju tak? setuju tak? sila vote
ea..hahaha
And Alhamdulillah kumpulan marhaban mak aku
mendapat tempat pertama dalam pertandingan tu….masa tunggu keputusan dari
pengacara majlis, kiteorang yang anak-anak ni yang berdebar kemain…huhuhu…
geng-geng marhaban yang lain pun hebat-hebat belako… seronok bila tengok mak
mak ni happy menang pertandingan… macam macam ragam…
malas nak cakap banyak-banyak.
So, korang tengok jek lah gambar-gambar ni. nanti ada rezeki aku upload video dorang marhaban pulak ye...
ni di antara peserta yang masuk bertanding.. ak terlupa nak ambil gambar semua kumpulan. ye lah excited tunngu turn mak aku jek,hahahaa...
piala kemenangan... mak aku bersama tok guru.. hehehe Ustazah yang ajar marhaban tu.







